![]() |
|||
|
|||
|
DRAF 1
MAC 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina
sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh
kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang
lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
MATLAMAT
KURIKULUM
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina
murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan
dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF KURIKULUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:
1. Melakukan kemahiran asas
dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2. Mengembangkan kebolehan
dalam pergerakan dan kemahiran motor
3. Mengenal pasti kedudukan
anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
4. Mengenal pasti aktiviti
meningkatkan tahap kecergasan
5. Mengetahui kepentingan
melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6. Mempamerkan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7. Melaksanakan aktiviti
fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
8. Mematuhi peraturan dan
mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. Mengamalkan gaya hidup
sihat untuk kesejahteraan
TAFSIRAN
o
Band ialah satu label yang digunakan untuk
menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang
sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang
individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang
tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan
dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar
(konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan
satu atau lebih qualifier menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang
menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana
kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
Murid : Pernyataan
yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan
boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau
apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan
sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,
laporan dan lain-lain.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan
untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti
ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
TAFSIRAN BAND
|
BAND
|
PERNYATAAN
BAND
|
TAFSIRAN
|
|
6
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
|
Murid mampu menzahirkan idea
yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat
keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.
|
|
5
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.
|
|
4
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
|
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik.
|
|
3
|
TAHU,
FAHAM DAN BOLEH BUAT
|
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
|
|
2
|
TAHU DAN FAHAM
|
Murid menunjukkan kefahaman
untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
|
|
1
|
TAHU
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
|
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
|
1
|
Tahu melakukan kemahiran
pergerakan dan aktiviti fizikal
|
|
2
|
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan
aktiviti fizikal berkaitan kecergasan
|
|
3
|
Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan
kebolehan dalam kemahiran pergerakan
dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan
|
|
4
|
Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan
kebolehan untuk melakukan pergerakan
dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan
|
|
5
|
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan
atas kesedaran kepentingan melakukan
pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan
kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri
|
|
6
|
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara
sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya
hidup sihat untuk kesejahteraan
|
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
|
1
Tahu
|
B1
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti
fizikal
|
B1D1
Melakukan kemahiran gimnastik asas yang mudah
B1D2
Melakukan kemahiran asas permainan yang mudah
B1D3
Melakukan kemahiran asas olahraga
|
B1D1E1
Melakukan
imbangan di atas bangku gimnastik
1.2.1
B1D1E2
Melakukan
aktiviti bergayut pada posisi badan lurus dan lutut difleksikan.
1.3.1, 1.3.2
B1D2E1
Menghantar
dan menerima bola menggunakan tangan, kaki dan alatan.
1.6.1, 1.6.2, 1.7.2
B1D2E2
Melakukan
servis menggunakan tangan, kaki dan alatan.
1.7.1
B1D2E3
Melakukan
balingan bola atas bahu dan bola pelbagai aras.
1.8.1, 1.8.3
B1D3E1
Berlari
dalam pelbagai kelajuan dan jarak.
1.9.1, 1.9.2
B1D3E2
Melompat
menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang berbeza.
1.10.3
|
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
|
2
Tahu dan Faham
|
B2
Tahu
dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan
kecergasan
|
B2D1
Melakukan
gimnastik asas
B2D2
Melakukan
kemahiran asas permainan
B2D3
Melakukan kemahiran asas balingan dalam olahraga
|
B2D1E1
Melakukan
hambur daripada aras rendah dan mendarat pada aras tinggi.
1.1.2, 1.2.2
B2D1E2
Melakukan
rangkaian imbangan.
1.10.1
B2D2E1
Menggelecek bola dengan menggunakan alatan.
1.6.3
B2D2E2
Melakukan pukulan pepat (forehand)
dan kilas (backhand).
1.7.3, 1.7.4
B2D3E1
Melontar, merejam dan melempar objek pada pelbagai
jarak.
1.11.1, 1.11.2, 1.11.3
|
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
|
3
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
|
B3
Tahu,
faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran
pergerakan dan kecergasan mengikut
konsep pergerakan dan konsep kecergasan
|
B3D1
Melakukan
kemahiran gimnastik asas dengan lakuan yang betul
B3D2
Melakukan kemahiran asas permainan dengan lakuan
yang betul
B3D3
Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan
dalam olahraga
B3D4
Melakukan
senaman dengan lakuan yang betul
|
B3D1E1
Mengimbang badan sebelum dan
selepas melakukan guling depan.
1.2.3
B3D2E1
Melakukan kemahiran mengadang dan memintas.
1.6.4,
1.6.5,
B3D2E2
Menjaring menggunakan tangan, kaki dan alatan.
1.6.6
B3D3E1
Melompat
melepasi halangan pada pelbagai aras.
1.10.4
B3D4E1
Melakukan senaman yang dapat
meningkatkan kapasiti aerobik, daya tahan dan kekuatan otot dalam masa yang ditetapkan.
3.2.1, 3.4.1
|
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
|
4
Tahu, Faham dan
Boleh Buat dengan Beradab
|
B4
Tahu,
faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang
dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan
|
B4D1
Mengaplikasikan
kemahiran gimnastik asas
B4D2
Mengaplikasikan kemahiran asas permainan
B4D3
Mengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran
asas olahraga
B4D4
Mengaplikasi aktiviti fizikal dalam komponen
kecergasan
B4D5
Mengaplikasi corak pergerakan mengikut irama
B4D6
Melakukan kemahiran akuatik asas
atau
Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan
|
B4D1E1
Melakukan imbangan secara berkumpulan
1.2.4
B4D1E2
Melakukan guling belakang
1.4.1
B4D2E1
Melakukan balingan tangan
lurus mengikut dan melawan arah pusingan jam.
1.8.4,
1.8.5
B4D2E2
Melakukan dan
mengenalpasti kemahiran dalam kategori serangan, jaring dan memadang.
2.6, 2.7, 2.8 (KIV)
B4D3E1
Mengenalpasti lakuan yang
betul dalam kemahiran asas berlari, lompatan dan balingan.
2.9, 2.10, 2.11
B4D4E1
Melakukan dan menerangkan
kepentingan senaman daya tahan dan senaman kekuatan otot
4.4.2
B4D5E1
Melakukan satu rangkaian pergerakan
mengikut tempo.
1.5.1, 1.5.2, 2.5.1
B4D6E1
Mengawal
pernafasan dan melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi
meniarap dan terlentang
2.12, 2.13
atau
Bermain
permainan strategi dan permainan tradisional
2.14.1, 2.14.2
|
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
|
5
Tahu, Faham dan
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
B5
Menguasai
dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan
melakukan pergerakan dan aktiviti
fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara
seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan
tanggungjawab kendiri
|
B5D1
Menguasai elemen pengurusan dan keselamatan
B5D2
Mengamalkan tanggungjawab kendiri
B5D3
Melibatkan diri dalam interaksi sosial dan dinamika kumpulan |
B5D1E1
Mematuhi peraturan serta mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan
5.1.1,
5.1.2, 5.1.4
B5D2E1
Mempunyai
keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
secara positif
5.2.1, 5.2.2,
5.2.3, 5.2.4
B5D3E1
Berkebolehan
berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di antara:
5.3.1, 5.3.2,
5.4.1, 5.4.2, 5.4.3
|
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
B6
Memperkembangkan
pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana
kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
|
B6D1
Mengamalkan konsep kemahiran pergerakan, kecergasan
dan gaya hidup sihat.
|
B6D1E1
Berupaya
memupuk kreativiti minda, dalam kemahiran pergerakan dan aktiviti kecergasan
untuk kesejahteraan hidup.
B6D1E2
Menggunakan
kreativiti minda daripada aktiviti fizikal ke arah kesejahteraan hidup.
|

No comments:
Post a Comment